Anugerah Ibu Mithali Ke-9
Ke Bawah Cerpu Ibunda Yang Tersayang
Ibu adalah orang yang disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai orang paling layak menerima penghargaan dan terima kasih, paling layak dicurahkan bakti setia, jasa dan dedikasi atas apa yang dikorbankaannya untuk anak-anak malah seisi keluarga.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berbangga menobatkan ibu sejak dari tahun 1980, sebagai lambang kesinambungan perjuangan para ibu sebagaimana peranan yang didokong oleh Ummahatul Mu'minin
Pecalonan untuk Anugerah Ibu Mithali Kali Ke-9, 2007 adalah dipelawa dari Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Swasta dan NGO.
Sila dapatkan maklumat lanjut, dan borang pencalonan dari :
Sekretariat Ibu Mithali 2007
Unit Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Email:ibumithali@yadim.com.my
Web : www.yadim.com.my
Tel : 03 2274 6077/6089/6090 samb 153/171 atau
013-3710733 (Puan Hamudah)
013-3625257 (Puan Judzlifah)
017-2217696 (Puan Farizah)
Tarikh tutup pencalonan : 15 Ogos 2007
Saturday, June 23, 2007
Thursday, June 14, 2007
Rawatan Berkesan Anti Penuaan - Bahagian 1

Rawatan Berkesan Anti Penuaan
Kumpulan rawatan anti-penuaan boleh menghasilkan perbezaan yang ketara dalam penampilan penuaan kulit muka. Semua wanita ingin kelihatan hebat dan anggun. Keinginan ini boleh dipenuhi melalui rawatan anti-penuaan, yang akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, tegang, licin dan sihat.
Kulit merupakan salah satu komponen yang menjadi daya penarik dan penampilan seseorang. Kulit anda adalah bahagian yang paling zahir yang boleh dilihat oleh orang disekeliling anda. Seperti juga pada bahagian tubuh yang lain, kulit wajah juga memerlukan perhatian dan rawatan. Langkah paling penting yang dapat anda lakukan untuk mengekalkan kesihatan kulit anda, daya penarik dan keremajaannya ialah dengan mengikuti satu kaedah yang berkesan rawatan anti penuaan.
Tanda penuaan yang pertama biasanya dapat dilihat diwajah. Wajah biasanya menggambarkan usia seseorang itu. Wajah biasanya mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan pada usia diantara 30-35 tahun. Kesan penuaan ini disebabkan oleh pengeringan kulit, sel kulit mati dan hyperpigmentasi
Kelembutan dan keanjalan kulit bergantung kepada campuran dan kandungan minyak. Dengan peningkatan usia, pengeluaran minyak akan semakin berkurangan
The softness and flexibility of the skin is dependent dan menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
bersambung
Subscribe to:
Posts (Atom)