Saturday, June 23, 2007

Anugerah Ibu Mithali Ke-9

Anugerah Ibu Mithali Ke-9
Ke Bawah Cerpu Ibunda Yang Tersayang

Ibu adalah orang yang disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai orang paling layak menerima penghargaan dan terima kasih, paling layak dicurahkan bakti setia, jasa dan dedikasi atas apa yang dikorbankaannya untuk anak-anak malah seisi keluarga.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berbangga menobatkan ibu sejak dari tahun 1980, sebagai lambang kesinambungan perjuangan para ibu sebagaimana peranan yang didokong oleh Ummahatul Mu'minin

Pecalonan untuk Anugerah Ibu Mithali Kali Ke-9, 2007 adalah dipelawa dari Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Swasta dan NGO.

Sila dapatkan maklumat lanjut, dan borang pencalonan dari :

Sekretariat Ibu Mithali 2007
Unit Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

Email:ibumithali@yadim.com.my
Web : www.yadim.com.my

Tel : 03 2274 6077/6089/6090 samb 153/171 atau

013-3710733 (Puan Hamudah)
013-3625257 (Puan Judzlifah)
017-2217696 (Puan Farizah)

Tarikh tutup pencalonan : 15 Ogos 2007

Thursday, June 14, 2007

Rawatan Berkesan Anti Penuaan - Bahagian 1


Rawatan Berkesan Anti Penuaan

Kumpulan rawatan anti-penuaan boleh menghasilkan perbezaan yang ketara dalam penampilan penuaan kulit muka. Semua wanita ingin kelihatan hebat dan anggun. Keinginan ini boleh dipenuhi melalui rawatan anti-penuaan, yang akan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, tegang, licin dan sihat.

Kulit merupakan salah satu komponen yang menjadi daya penarik dan penampilan seseorang. Kulit anda adalah bahagian yang paling zahir yang boleh dilihat oleh orang disekeliling anda. Seperti juga pada bahagian tubuh yang lain, kulit wajah juga memerlukan perhatian dan rawatan. Langkah paling penting yang dapat anda lakukan untuk mengekalkan kesihatan kulit anda, daya penarik dan keremajaannya ialah dengan mengikuti satu kaedah yang berkesan rawatan anti penuaan.

Tanda penuaan yang pertama biasanya dapat dilihat diwajah. Wajah biasanya menggambarkan usia seseorang itu. Wajah biasanya mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan pada usia diantara 30-35 tahun. Kesan penuaan ini disebabkan oleh pengeringan kulit, sel kulit mati dan hyperpigmentasi

Kelembutan dan keanjalan kulit bergantung kepada campuran dan kandungan minyak. Dengan peningkatan usia, pengeluaran minyak akan semakin berkurangan
The softness and flexibility of the skin is dependent dan menyebabkan kulit menjadi lebih kering.

bersambung

Sunday, June 10, 2007

Slimming Solution - Cream and Lotion


Slimming Solution

SISLEY’S Celluli–Pro mungkin menjadi jawapan yang ditunggu-tunggu oleh kaum wanita

Krim pelansing kompleks ini bertindak untuk meminimumkan permukaan kulit yang menggerutu, mengurangkan pembentukan lemak dan memberi bentuk kulit yang lebih licin.

Ia dirumuskan untuk digunakan di bahagian yang tertentu, bahagian paha luar dan dalam. lutut, pinggul, abdomen dan bahagian luar dan dalam lengan bahagian atas

Kandungannya termasuklah ekstrak vegetal rice peptide yang dipercayai dapat membantu mengurangkan pembinaan lemak, dan juga bahan yang membantu pelansingan badan seperti ekstraks oren pahit (bitter orange), essential oil of cedar, ekstraks arnica, butcherbroom dan kafein.

Formula ini juga mengandungi soya dan ekstraks rhattany, kokum dan butters shea, rapeseed, bunga matahari dan minyak sawit merah dan minyak essential lavender, rosemary. marjoram dan cypres yang membantu meningkatkan keanjalan dan tekstur kulit.


Celluli–Pro boleh diperolehi di semua kaunter Sisley counters di seluruh negara.

Saturday, June 9, 2007

Jelly Bag - Handbag

Tas Tangan Hari Ini

Jellybag (Beg Jeli ke?)




Jelly Bag, Handbag of the Day

Sebenarnya tiada apa yang istimewa pun mengenai rekabentuk beg Jelly ni, tetapi pilihan warna-warna yang menarik telah menyerlahkan lagi gayanya yang sederhana. Warna ini dipanggil arancio, tetapi anda boleh memilih pelbagai lagi warna (berdasarkan warna-warna pelangi) seperti zinco dan bleu. Beg ini didatangkan dalam 3 saiz dan dilengkapi dengan penampilan tag berwarna perak dan poket sebelah dalam. Diperbuat daripada getah latex, beg ini dijangka tahan lasak dan boleh dibasuh dan sudah semestinya ada dalam warna yang padan dengan pakaian anda. Saiz yang paling besar dijual dengan harga $194.99 (kalau ditukar ke RM sekitar RM500)

Friday, June 8, 2007

lenggang lenggang kankong